Wednesday, 2 November 2011

~Bertandang ke Taman Taman syurga~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum pembuka bicara. Lama sudah tak menulis di blog saya ini. Ini berikutan kekangan dan cabaran cabaran yang melanda pada diri yang memerlukan kekuatan dan hakikatnya kekuatan tak akan dapat diraih melainkan dengan meminta pada Allah. Alhamdulillah. Allah beri kekuatan pada saya untuk menulis sesuatu, moga moga bermanfaat untuk diri saya dan anda semua. Sebelum tangan menari, sebelum otak ligat berfikir, ingin saya pesan dengan rendah diri, pada ustaz ustaz, alim ulamak yang sudi membaca entry ini, malah sesiapa sahaja yang embaca, jikalau ada kelemahan dalam penulisan, harap dapat ditegur dengan hikmah. Insyallah. Apa yang saya tulis, bukanlah tepat dan sempurna, tetapi, insyallah, kita berusaha kepada ketetapan itu.

A : Fattah,jom poie ceramah agamo. Ado buek kek surau tu ha. Daripado kau duk lepak kek bilik, mohla poie
Fattah : Poiela dulu. maleh plak raso eh ha. Tilam ni memanggil den plak. Bantal ni pun sodap kok dapek landing..ala...laiepun samo yo isi ceramah eh tu, balik balik pasal tu yo,
A : sukohati kaula tah.....

Teringat kembali itulah antara dialog biasa saya dahulu. Malas nak pergi ceramah, malas nak pergi dengar kuliah. Bila Allah lorongkan saya masuk ke Imam muda, saya memberi ceramah, malah sentiasa berada dalam majlis ilmu. Alhamdulillah.

Sahabat sahabat sekalian,
Ramai pada hari ini menganggap majlis ilmu yang nabi Muhammad sifatkan sebagai salah satu dari taman taman syurga adalah satu perkara yang melecehkan. Ataupun ianya ekslusif untuk golongan pencen. Bagi kita, ianya satu perkara yang buang masa dan melecehkan. Realitinya pada hari ini, lebih ramai yang rela memenuhi stadium, dan konsert konsert yang berbayar, daripada pergi ke majlis ilmu yang tidak dikenakan bayaran. Apa kelebihan majlis ilmu ni? Kenapa nak kene pergi? Bende yang sama diulang.

Majlis Biasa Biasa, tapi hakikatnya luar biasa
Mungkin pada hari ini kita melihat majlis ilmu tidak ada tarikan yang kuat. Kita nampak majlis ilmu biasa biasa sahaja.Hakikatnya sahabat sahabat, ianya amat luar biasa di sisi Allah. Sahabat sahabat nabi pabila mendengar majlis ilmu dari Rasulullah satu ketika dahulu, mereka duduk rapat rapat sehinggakan dikhabarkan jikalau sehelai daun yang jatuh, ianya tidak sampai ke tanah, malah sampai ke peha sahabat sahabat. Begitulah perumpamaan majlis ilmu yang kita lekeh lekehkan pada hari ini. Memang majlis ilmu tidak diberi duit, tidak jua dijemput artis artis terkenal, tetapi ianya mempunyai nilai yang tinggi iaitulah kita sentiasa diperingatkan dan mendapat ilmu. When you stop learning, you stop leading. Kita tak akan mampu memimpin kalau kita tidak sentiasa belajar. Bukankah kita sebenarnya pemimpin, dan kita akan dipersoalkan tentang apa yang kita pimpin sekurang kurangnya pada diri sendiri?...Mana mungkin kita dapat memimpin hati kita, jiwa kita, keluarga kita, jikalau kita berhenti untuk belajar? Dan pemimpin yang bagus, yang berjaya sentiasa belajar dan mencari ilmu. Leaders, are learners. Hari ini, kita rasa tak perlu untk kita menyibukkan diri kita dengan majlis ilmu. Mengapa kita berpenyakit? Mengapa kita mempunyai hasad dengki yang tinggi?Sebab jiwa yang mati. Dan jiwa yang mati, boleh diubati dengan ilmu, Ilmu boleh didapati dengan? Ya..Majlis ilmu. Maka tidak hairanlah Imam Al Ghazali mengatakan orang yang tidak mahu mendengar majlis ilmu, bisikkan pada telinganya takbir sebanyak 4 kali? Takbir 4 kali hanya dilakukan pabila sembahyang jenazah. Lalu mengapa perlu ditakbirkan seolah olah mati? Itulah metafora yang cuba ditonjolkan oleh Imam Ghazali yang menandakan Matinya hati seseorang itu.
Asyik asyik bende yang sama.
Satu persoalan timbul. Kalau pergi pun, ustaz tu cakap pasal solat, taat ibu bapa,..Alaaa..bende same jea. Mari kita insafi dan fahami. Repeatition in a mother of knowledge. Orang yang pandai memasak, sudah tentu telah memasak berulang kali. Yang mendapat gelaran Raja Jalan. Sudah tentu banyak aksi aksi wheelie, wikang, diulang. Orang yang bergelar Juara PES ( Professional evolution Soccer) sudah tentu dihadamkan game itu selumat lumatnya. Begitulah jua dengan kita dalam menuntut ilmu. Apa salahnya jikalau berlaku pengulanagn maklumat berlegar dalam otak kita?
Kerana Mungkin kita sudah mendengar, tetapi tidak beramal. Moga moga dengan kita mengulangi mendengar maklumat yang sama, Allah bagi kekuatan untuk mengamalknannya.
Mungkin Kita sudah beramal, tetapi tidak ada istiqamah dengan amalan itu, moga moga Allah bagikekuatan untuk kita beristiqamah dengan ilmu yang kita perolehi
Mungkin saja kita sudah mendengar, beramal,  dan beristiqamah, namun tak pula menyampaikannya, maka, mga moga moga allah bagi kekuatan untuk kita menyampaikannya.
Mudah bukan?
Sebab itulah antara syarat untuk kita menuntut ilmu, mendapat ilmu, kita hayati dan insafi penagajaran daripada bagaimana turunnya air dari tempat yang tinggi.
Belajar dari Alam
Air yang turun dari tempat yang tinggi, apa sifatnya? Pertama, sentiasa mengalir, tak putus putus. Begitulah jua proses pembelajaran dalam hidup kita. Continous learning amat penting bagi memastikan ilmu itu berguna bagi kita. Yang kedua, ianya tidak akan bertakung di tempat yang tinggi. Ia akan berkumpul di lembah, lopak, denai yang sentiasa subur. Ini menandakan kita bersikap humble, tawadhuk dan sentiasa merendah diri. Barulah kita akan tergerak hati pergi ke majlis ilmu. Jikalau kita ada sifat sombong, bongkak, angkuh, maka kita tak akan pergi ke majlis ilmu. Orang yang merasakan dia tak cukup ilmu, perlu dinasihati, dan ingin belajar, akan pergi ke majlis ilmu, hatta beliau seorang doktor falsafah..
Jadi, pada hari ini, sama sama kita muhasabah diri kita, perlu atau tidak kita perlu ke majlis ilmu?sudah tentu. Saya secara jujurnya, insyallah, sebagai seorang penceramah, sentiasa berpegang pada kata kata tuan guru saya yang pernah berkata “Jadilah seperti ulamak ulamak dan tuan tuan guru dahulu, orang yang mendengar kuliah beliau dahla 3 orang, 1 orang kencing tak lawas, asyik pergi tandas, 1 orang bersandar di dinding, tanda tak mahu mendengar, seorang lagi, duduk khusyuk tidur, maknanya beliau mengajar haya pada setengah orang!!” namun, masih lagi menyampaikan ilmu dan menyampaikan dakwah” Selagi mana allah beri kekuatan, saya akan terus menyampaikan ilmu yang tak seberapa ini, di saming membetulkan diri sendiri.Insyallah.Doakan saya terus berada di jalanNya, dan matlamat kita mati di JalanNya.
Untuk akhirnya, saya bawakan kisah di mana saya mendengar kuliah MUKMIN PROFESSIONAL dan saya agak terkejut pabila Al Fadhil Ustaz Mohd Pahrol Juoi mengatakan kita mesti mencontohi Syaitan. Mengapa? Sentiasa mempunyai semangat, berinovasi tinggi bagi menyesatkan manusia.Saya tidak mengatakan syaitan ini baik, tapi kita tengok, syaitan adalah musuh yang tak pernah tidur, Bekerja siang malam. Otak sentiasa ligat berfikir. Kita?Sentiasa berfikir, muhasabah diri, zikir, fikir, bagi menjadi hamba Allah yang diredhaiNya..
Wassalam..
Bangi. 8:59 pm
















Tuesday, 13 September 2011

~Sesat Dalam Cahaya~

Awal bicara dimulakan dengan memuji nama Allah yang tiada tandingan kuasanya. Selawat dan salam kepada Rasul junjungan. Pada sahabat sahbatnya yang sentiasa mengikuti jalannya, ahli keluarga, para ulamak yang mewarisi nabi.

Hari ini menjadi satu fenomena di mana manusia menghalalkan segala galanya atas dasar "Human Right" atau pun hak asasi manusia, Di barat, mereka menggunakan istilah pembebasan dari undang undang sebagai salah satu tajuk utama. Dibincangkan di media media, di forum forum. Tidak ketinggalan negara kita. Segelintir masyarakat kiat masih lagi taksub dan terpedaya dengan dakyah barat dan hasutan nafsu. Sungguh. Jikalau diikutkan nafsu, kita akan terpengaruh.

Saya memilih tajuk sesat dalam cahaya pada kali ini bagi menggambarkan bagaimana ramai dari manusia pada hari ini merasakan merasakan mereka dalam kebenaran, walhal, mereka sebenarnya berada dalam kesesatan tanpa disedari...bukankah dalam Al Quran yang sentiasa dijaga Allah ada mengatakan ramainya manusia pada akhir zaman,tetapi mereka tidak mengetahui.

Hakikatnya pada hari ini. Banyak program motivasi, pemantapan akidah, dan pelbagai modul yang ditawarkan oleh pihak pihak konsultant yang asalnya berniat baik tetapi sudah jauh tersasar.. Saya t tidaklah pemikir modul, tidak juga terlalu bijak tentang ini. Tetapi saya bercakap atas seorang pemerhatidan pelbagai soalan diajukan untuk meminta pendapat tentang modul modul yang ditawarkan pada hari ini. Ianya membuatkan saya terfikir. Adakah modul pada hari ini mampu menjana keyakinan dan sebagainya? berdasarkan pemerhatian saya..ada beberapa faktor yang akan menjadikan kem 3 hari 2 malam, atau seminggu cuti sekolah mampu menjadi ubat antiobotik atau satu turning point pada adik adik untuk berubah kepada yang lebih baik..

MODUL YANG TIDAK ADA UNSUR UNSUR MAKSIAT
Kedapatan pada hari ini, ada aktiviti aktiviti yang menawarkan kempemantapan jati diri,tetapi aktivitinya jelas menunjukkan percampuran lelaki perempuan. Seorang hamba Allah pernah menelefon saya mengadu tentang anaknya yang tidak mahu menyertai apa apa programmotivasi lagi dek kerana punggungnya ditolak dalam aktiviti dalam air. Dengan pakaian yang melekat sana sini. Di dalam benak fikiran saya,  Siapa yang harus dipersalahkan?...ingin membina kemantapan jati diri, atau keyakinan bukan dengan cara bersentuhan lelaki perempuan dan sebagainya. Yang haram tetap haram. Al Halal Bayyin. Wal haram, Bayyin. Jikalau lah kita mennanak nasi dua cupak, di campurkan dengan arak tai song (arak murah)..maka hukumnya haram..bagaimana mahu membina modal insan walhal caranya dengan cara yang dimurkai Allah?...jangan kerana atas dasar perpaduan, keyakinan, kerjasama, kite menepikan hukum allah..oleh kerana itulah, apabila keluar dari program, tidak mustahil merekaboleh bercanda.Atas dasar? perpaduan.dan sebagainya.

NIAT YANG BETUL DARI PIHAK PENGANJUR
Isu ini saya tak bercadang mengulas panjang, kerana siapalah saya untuk menjangkaui batasan hati yang mana ianya hanya diketahui oleh Allah..tetapi ini merupakan salah satu indikator yang penting. Apabila pihak penganjur menganjurkan program berdasarkan duit, maka punahlah keberkatan sesuatu program. Dan sudah tentulah tidak ada kemenjadian dari pihak peserta. Sebab itulah kalau kita singkap, perjuangan pejuang agama seperti Usrah ABIM, usrah ISMA, Tabligh, mereka didasari hatinya hanya untuk mecapai keredhaan allah. Bagaiman kuatnya jaringan usrah hingga mampu bertahan hubungan persahabatan walaupun seudah menjangkau puluhan tahun. Dan yang paling penting, ianya didasari kerana Allah. (baca novel SINERGI karya saudara Hilal Asyraf )

FOLLOW UP DARI PIHAK IBU BAPA
Ini merupakan kesimpulan dari 2 indikator di atas. Jikalau caranya betul, niatnya lurus, tetapi tidak ada follow up atau nilai tambah dari keluarga, mak ayah, pak cik makcik, maka sia sialah kita berhabis duit  menghantar anak kita,adik kita,cucu kita ke program motivasi. pentarbiahan manusia tidak menjadi  hanya dalam masa 3 hari.seminggu. Teringat kata kata Mursyid Ikmal Zaidi .."3 bulan di Imam Muda bukanlah satu petanda yang kamu sudah faqih dalamilmu agama. Nilai tambah yang berterusan yang akna menentukan segalanya. Jikalau kita lihat.Ramai di kalangan mak ayah,papa mama,baba umi, sanggup menadah air bukit dan dihantar pada ustaz ustaz yang terkenal untuk dibacakan ayat ayat al quran, disembahyang hajat untuk anak berubah.Salah kea? TAK.TAK SALAH. Itu merupakan usaha. Tetapi alngkah malangnya dan pilunya di saat ustaz ustaz khusyuk membaca al quran atau bersembahyang hajat, Mak tengok Mari Menari, ayah tengok gusti. Bila anak tak menjadi, maka ustaz lah tempat menuding jari..alangkah bagusnya jikalau dihidupkan roh islam di dalam rumah, maka anak anak akan melekat pada jalan Allah..

Kesimpulan
Saya bukanlah nak membebel. jauh lagi nak memarahi. Ini sekadar buah fikiran saya terhadap masalah di mana mak ayah banyak yang merungut pabila kemenjadian anak tidak terserlah walupun dihantar anaknya dengan pelbagai program. Ada banyak konsultant yang menawarkan modul yang bagus dan berkualiti. Antaranya, Aran Managemnt, Pusat Pengajian Al Mustafa, dan sebagainya..(hanya menyebut beberapa konsultant yang saya kenal)...Sekarang musim peperiksaan, ayuh, sama sama kita usaha do dan tawakkal untuk anak anak kita, adik adik kita, cucu cucu kita...wallhualam..

Pesanan ikhlas
Doakan saya agar dapat mengamalkan apa yang ditulis..semoga apa yang ditulis dapat memberi manfaat pada diri sendiri, ahli keluarga dan semua manusia...insyallah..maaf kalau entry ini ada menyinggung perasaan yang membaca. Saya manusia biasa..kesempurnaan itu milik Allah...assalamualaikum...

Friday, 12 August 2011

Kelahiran Blogku..:)


Assalamulaikum..
Akhirnya aku siap membuat blog.  Sebelum ni, memang pernah menulis di blog. Pernah ada blog untuk adik adik usrah. Remaja kreatif..Tapi dek kerana masa yang membataskan. Sehinggakan aku terlupa email dan password aku sendiri.Teruk tol..:)..Setelah keluar imam muda. cuba untuk menulis kembali.tetapi masa tetap tak mengizinkan.dan hari ini.malam ini.dapat panggilan dari adik usrah yang nak search kembali blog lama.Mana la aku tahu. Tah mana peginye tah...hehehe..Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk create kan blog yang baru.itu pun di atas pertolongan sahabat sahabat facebook yang mengajar aku..berjinak jinaklah kembali dalam bidang penulisan dan pembloggeraan..hahahaha


Ape Tajuk Entri?
Aku pun tak tahu. Ape tajuk untuk entri yang pertama. Sebelum aku menulis dengan lebih panjang, aku nak minta maaf pada yang membaca kalau aku ade typing error. Itu memang kelemahan aku. Kalau tengok kat post post kat status aku, banyak yang terkeliru gara gara kelmahanku. Minta Maaf yea..:)..Aku ambil keputusan untuk entri kali ini, aku nak ceritakan pasal diri aku. Selepas itu entry entry yang bakal menyusul, insyallah aku akan kupas isu isu, atau persoalan atau kemusyikalan atau aku akan menulis apa sahaja yang aku fikir boleh memberi pada pembaca dan follower (itupun kalau ada follower)..hehehe..sebab pepatah arab ada mangtakan "Orang yang tidak ada apa apa maka dia takkan mampu memberi sesuatu"..dek sebab itulah aku rasakan aku ada sesuatu yang aku boleh kongsi pada smeua orang. Maka aku akan menulis. dan menulis. Aku mulakan kisah hidup aku dengan kelahiranku.aku dilahirkan di Kampung Maasop Senaling Kuala Pilah. Rumah yang aku duduk sekarang. Kenapa bukan di Hospital? Ada cerita yang payah aku nak percaya, Tapi itulah yang diceritakan oleh ummi dan abah aku. Aku dilahirkan dalam keadaan ummi sakit nak bersalinkan aku. dan On the way nak ke kereta yakni nak kua umah. Aku tergolek di tangga rumah aku(sekarang dah takde tannga tu.dah renovate)..aku tertanya..senang betul aku lahir. Mungkin tak sabar sabar nak jenguk dunia..:)..Terima kasih kepada Ummi a.ka. Mardziah Haji Mustafa a.k.a wanita besi yang aku sanjungi dari dulu, kini, dan selamanya.pada pembaca.Ingatlah. Ibu, Ummi, Mama, Mak, apa saja gelarannya, mereka telah mengandungkan kita dalam ayat al quran sebut.'Sakit atas sakit'..(Luqman)..tek ternilai jasa ibu kita..
Setelah itu aku meneruskan kehidupan dengan dijaga oleh wan (nenek), dan berada di Felda Bukit Rokan. Ayahku dari tanah rancangan. Banyakl pengalaman yang aku dapat. Walaupun duduk di Felda Bukit Rokan tak lama. Setelah itu, aku pernah dijaga oleh 3 orang pengasuh aku. Mak ndak, Wan, dan satu lagi emak Shikin. Ummi bekerja dan abah menyambung pelajaran.

Masuk sekolah
Aku memulakan alam memakai baju seragam di Tadika Kemas Sekolah Kebangssan Sungai dua. Seawal 5 tahun aku dah belajar. Ade couple dah masa tu.hehehehe.kelakar betul. PAda masa itu,Aku tinggal di Kuarters Guru SKSD.adik beradik aku seramai 9 orang.aku adelah anak ke 5. Aku masuk tahun satu di SKSD.sehingga tahun 5. Setelah pemergian arwah atokku.(Haji Mustafa), keluarga aku berpindah ke Senaling. Rumah aku sekarang.Banyak yang aku dapat di SKSD.Banyak penglaman dan kenangan pahit dan manis yang ku kecapi di Sungai Dua. Sehingga sekarang kalau ada masa aku akan jalan jalan di Sungai Dua. Menjenguk sungai yang pernah ku mandi bersama rakan rakan. Kini mengalir lesu.Aku meneruskan persekolahanku di SK Kepis.(pelik tak namanya?).setahun di sana.bergiat aktif dengan hoki,(sukan yang dah lama aku cuci tangan), bercerita, hafazan, pidato dan sebagainya.Aku bersyukur dilahirkan di dalam satu keluarga yang cukup mementingkan agama. Umi dan abah menjadikan agama sabagai asas dalam pembentukan cara berfikir dan cara bertindak anak anaknya.Bakat bercakap aku mula diasah sedari sekolah rendah. Ingat lagi, ayahku yang garang mengertak aku. Inilah hasilnya.hehehehe..Aku mendapat 4a 1b semasa UPSR..b nye ape? BAHASA INGGERIS..hehehehe

Sekolah menengah

Aku memulakan zaman mengah aku dengan mengikut jejak langkah abang abangku Abdussayahid, Abdul Syakir di Institut Tahfiz Al Quran negeri sembilan.Serius aku katakan. Aku mula masuk ke ITQAN dengan keadaan takde ape ape. Maksud aku, bukan orang yang bercita cita tinggi.Al maklumlah. budak budak lagi. Dan ITQAN la tempat yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Buat pengetahuan semua IQTAN adalah satu institusi pendidikan di bawah seliaan kerajaan negeri Sembilan yang menawarkan pengajian dari tingkatan 1 sehingga habis diploma.
T1-T5 = 5 tahun
Sem 1-Sem 6 = 3 tahun
maka 8 tahun aku berada di dalam ITQAN.Di situla aku belajar erti persahabatan, agama yang ku cintai, dan sebagainya. Terlampau banyak kenangan aku di sana. Banyak perangai perangai nakalku yang hanya warga ITQAN sahaja tahu.Keputusan PMR?SPM?Jangan ditanya.fullstop.:)
setelah habis pengajian diploma, aku duduk di rumah menjadi mem besar..dan, pabila sahabt aku, Muhammad Firdaus menelefonku, dan di situlah bermulanya..sebuah perjalanan dalam kehidupanku..

Masuk Imam Muda??

"Fattah, jom try market masuk imam muda"
"ha????pale hotak kau..x maun aku der...buek sogan den yo...x koso den"
"Alla..jom ar...bukan per,,dari dok umah x buat pape, jom ar kite try..."

Inila perbualan pertama aku dengan sahabat yang mengajaka aku pergi ke audition imam muda. Aku berada dalam keadaan neutral.,Aku katakan pada diriku, Apelah salahnya aku nak pergi.Saje-saje jea..pada permulaan aku membatalkan hasrat dengan mengatakan pada kawanku yang aku ada kerja lain yang perlu dibuat. Namun, entah bagaimana ALLAH yang maha membolak balikkan hati manusia menggerakkan hatiku melangkah audition imam muda. Dipendekkan cerita aku diterima masuk ke imam muda (akan ada entry khas yang aku akan cerita untuk Imam muda).Dan di situlah segalanya berubah. Segalanya diatur oleh Allah.Aku bersyukur ALLAH memberikan aku peluang untuk aku terjun ke dalam medan dakwah. Aku sedar aku bukanlah manusia yang semourna. Tetapi aku mampu memberikan sesuatu kepada rakan rakan di luar sana. Ada juga suara suara yang mengatakan Imam Muda hanya untuk mencari populariti. Nak masuk TV. Nak nama dan perhatian. Nagi aku tak bagus cakap macam tu..kalau orang yang berjoget dan menyanyi sampai pagi diberikan populariti bagai nak rak. Kenapa tidak boleh diberikan populariti kepada kami yang insyallah akan membuat kerja dakwah? Jangan ditanya dan dihentam orang, tetapi tanyalah pada diri sendiri apa sumbangan aku untuk Islam?adekah pada hari ini kita telah menunaikan tanggungjawab kita sebgai khalifah di muka bumi?Saya tak nafikan. 3 bulan bukanlah masa yang cukup untuk kami menjadi seorang yang faqih dalam agama..tetapi alhamdulillah, aku banyak belajar di Imam Muda.

Sekarang...
Aku meneruskan rantai kehidupanku dengan menjalankan tugas ku dengn memberi ceramah, motivasi, menjadi imam, tazkirah. Aku bersyukur ini jalan Allah mecampakkan aku ke dalam jalan ini.walaupun di sepanjang jalan penuh dengan ranjau dan duri, tetapi ianya amat manis untuk aku harungi. Tidak ada jalan lain yang di tinggalkan oleh nabi kita melainkan jalan dakwah yang sedang aku tempuh.Moga ditetapkan hati dan imanku di jalan allah...

Rasanya sampai di sini saja entry aku. kalau ade pape persoalan dan pertanyaan, bolehlah ditanya dlam komen.Insyallah.aku akan jawab semampu boleh.Maaf andai entry agak boring. Insyallah akan diperbaiki dari semasa ke semasa..Assalamualaikum...