Awal bicara dimulakan dengan memuji nama Allah yang tiada tandingan kuasanya. Selawat dan salam kepada Rasul junjungan. Pada sahabat sahbatnya yang sentiasa mengikuti jalannya, ahli keluarga, para ulamak yang mewarisi nabi.
Hari ini menjadi satu fenomena di mana manusia menghalalkan segala galanya atas dasar "Human Right" atau pun hak asasi manusia, Di barat, mereka menggunakan istilah pembebasan dari undang undang sebagai salah satu tajuk utama. Dibincangkan di media media, di forum forum. Tidak ketinggalan negara kita. Segelintir masyarakat kiat masih lagi taksub dan terpedaya dengan dakyah barat dan hasutan nafsu. Sungguh. Jikalau diikutkan nafsu, kita akan terpengaruh.
Saya memilih tajuk sesat dalam cahaya pada kali ini bagi menggambarkan bagaimana ramai dari manusia pada hari ini merasakan merasakan mereka dalam kebenaran, walhal, mereka sebenarnya berada dalam kesesatan tanpa disedari...bukankah dalam Al Quran yang sentiasa dijaga Allah ada mengatakan ramainya manusia pada akhir zaman,tetapi mereka tidak mengetahui.
Hakikatnya pada hari ini. Banyak program motivasi, pemantapan akidah, dan pelbagai modul yang ditawarkan oleh pihak pihak konsultant yang asalnya berniat baik tetapi sudah jauh tersasar.. Saya t tidaklah pemikir modul, tidak juga terlalu bijak tentang ini. Tetapi saya bercakap atas seorang pemerhatidan pelbagai soalan diajukan untuk meminta pendapat tentang modul modul yang ditawarkan pada hari ini. Ianya membuatkan saya terfikir. Adakah modul pada hari ini mampu menjana keyakinan dan sebagainya? berdasarkan pemerhatian saya..ada beberapa faktor yang akan menjadikan kem 3 hari 2 malam, atau seminggu cuti sekolah mampu menjadi ubat antiobotik atau satu turning point pada adik adik untuk berubah kepada yang lebih baik..
MODUL YANG TIDAK ADA UNSUR UNSUR MAKSIAT
Kedapatan pada hari ini, ada aktiviti aktiviti yang menawarkan kempemantapan jati diri,tetapi aktivitinya jelas menunjukkan percampuran lelaki perempuan. Seorang hamba Allah pernah menelefon saya mengadu tentang anaknya yang tidak mahu menyertai apa apa programmotivasi lagi dek kerana punggungnya ditolak dalam aktiviti dalam air. Dengan pakaian yang melekat sana sini. Di dalam benak fikiran saya, Siapa yang harus dipersalahkan?...ingin membina kemantapan jati diri, atau keyakinan bukan dengan cara bersentuhan lelaki perempuan dan sebagainya. Yang haram tetap haram. Al Halal Bayyin. Wal haram, Bayyin. Jikalau lah kita mennanak nasi dua cupak, di campurkan dengan arak tai song (arak murah)..maka hukumnya haram..bagaimana mahu membina modal insan walhal caranya dengan cara yang dimurkai Allah?...jangan kerana atas dasar perpaduan, keyakinan, kerjasama, kite menepikan hukum allah..oleh kerana itulah, apabila keluar dari program, tidak mustahil merekaboleh bercanda.Atas dasar? perpaduan.dan sebagainya.NIAT YANG BETUL DARI PIHAK PENGANJUR
Isu ini saya tak bercadang mengulas panjang, kerana siapalah saya untuk menjangkaui batasan hati yang mana ianya hanya diketahui oleh Allah..tetapi ini merupakan salah satu indikator yang penting. Apabila pihak penganjur menganjurkan program berdasarkan duit, maka punahlah keberkatan sesuatu program. Dan sudah tentulah tidak ada kemenjadian dari pihak peserta. Sebab itulah kalau kita singkap, perjuangan pejuang agama seperti Usrah ABIM, usrah ISMA, Tabligh, mereka didasari hatinya hanya untuk mecapai keredhaan allah. Bagaiman kuatnya jaringan usrah hingga mampu bertahan hubungan persahabatan walaupun seudah menjangkau puluhan tahun. Dan yang paling penting, ianya didasari kerana Allah. (baca novel SINERGI karya saudara Hilal Asyraf )FOLLOW UP DARI PIHAK IBU BAPA
Ini merupakan kesimpulan dari 2 indikator di atas. Jikalau caranya betul, niatnya lurus, tetapi tidak ada follow up atau nilai tambah dari keluarga, mak ayah, pak cik makcik, maka sia sialah kita berhabis duit menghantar anak kita,adik kita,cucu kita ke program motivasi. pentarbiahan manusia tidak menjadi hanya dalam masa 3 hari.seminggu. Teringat kata kata Mursyid Ikmal Zaidi .."3 bulan di Imam Muda bukanlah satu petanda yang kamu sudah faqih dalamilmu agama. Nilai tambah yang berterusan yang akna menentukan segalanya. Jikalau kita lihat.Ramai di kalangan mak ayah,papa mama,baba umi, sanggup menadah air bukit dan dihantar pada ustaz ustaz yang terkenal untuk dibacakan ayat ayat al quran, disembahyang hajat untuk anak berubah.Salah kea? TAK.TAK SALAH. Itu merupakan usaha. Tetapi alngkah malangnya dan pilunya di saat ustaz ustaz khusyuk membaca al quran atau bersembahyang hajat, Mak tengok Mari Menari, ayah tengok gusti. Bila anak tak menjadi, maka ustaz lah tempat menuding jari..alangkah bagusnya jikalau dihidupkan roh islam di dalam rumah, maka anak anak akan melekat pada jalan Allah..Kesimpulan
Saya bukanlah nak membebel. jauh lagi nak memarahi. Ini sekadar buah fikiran saya terhadap masalah di mana mak ayah banyak yang merungut pabila kemenjadian anak tidak terserlah walupun dihantar anaknya dengan pelbagai program. Ada banyak konsultant yang menawarkan modul yang bagus dan berkualiti. Antaranya, Aran Managemnt, Pusat Pengajian Al Mustafa, dan sebagainya..(hanya menyebut beberapa konsultant yang saya kenal)...Sekarang musim peperiksaan, ayuh, sama sama kita usaha do dan tawakkal untuk anak anak kita, adik adik kita, cucu cucu kita...wallhualam..
Pesanan ikhlas
Doakan saya agar dapat mengamalkan apa yang ditulis..semoga apa yang ditulis dapat memberi manfaat pada diri sendiri, ahli keluarga dan semua manusia...insyallah..maaf kalau entry ini ada menyinggung perasaan yang membaca. Saya manusia biasa..kesempurnaan itu milik Allah...assalamualaikum...
btl yg penting doa dr ibu bapa..bkn mharapkn org ln je bdoa tuk ank kita
ReplyDeleteAgree. sekarang ni orang dah mula sedar kebaikan sekolah satu jantina dibandingkan dengan sekolah campur. dekat america, diorang dah bermula utk mengamalkan sistem sekolah sejenis. hakikatnya memang itu yang islam anjurkan dalam pendidikan. lelaki dan perempuan diasingkan atas tujuan memlihara ikhtilat antara laki dan perempuan. tapi sekarang ni, sistem kite dah sgt jauh tesasar.
ReplyDeletebtw, a good thought and hope it might be a good reminder for myself and others too.
ustaz kena edit gambar tu..sbb minum tangan kiri..hehe.saya doakan ustaz berjaya dalam bidang dakwah yang sangat2 didambakan oleh remaja sekarang
ReplyDelete