Wednesday, 2 November 2011

~Bertandang ke Taman Taman syurga~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum pembuka bicara. Lama sudah tak menulis di blog saya ini. Ini berikutan kekangan dan cabaran cabaran yang melanda pada diri yang memerlukan kekuatan dan hakikatnya kekuatan tak akan dapat diraih melainkan dengan meminta pada Allah. Alhamdulillah. Allah beri kekuatan pada saya untuk menulis sesuatu, moga moga bermanfaat untuk diri saya dan anda semua. Sebelum tangan menari, sebelum otak ligat berfikir, ingin saya pesan dengan rendah diri, pada ustaz ustaz, alim ulamak yang sudi membaca entry ini, malah sesiapa sahaja yang embaca, jikalau ada kelemahan dalam penulisan, harap dapat ditegur dengan hikmah. Insyallah. Apa yang saya tulis, bukanlah tepat dan sempurna, tetapi, insyallah, kita berusaha kepada ketetapan itu.

A : Fattah,jom poie ceramah agamo. Ado buek kek surau tu ha. Daripado kau duk lepak kek bilik, mohla poie
Fattah : Poiela dulu. maleh plak raso eh ha. Tilam ni memanggil den plak. Bantal ni pun sodap kok dapek landing..ala...laiepun samo yo isi ceramah eh tu, balik balik pasal tu yo,
A : sukohati kaula tah.....

Teringat kembali itulah antara dialog biasa saya dahulu. Malas nak pergi ceramah, malas nak pergi dengar kuliah. Bila Allah lorongkan saya masuk ke Imam muda, saya memberi ceramah, malah sentiasa berada dalam majlis ilmu. Alhamdulillah.

Sahabat sahabat sekalian,
Ramai pada hari ini menganggap majlis ilmu yang nabi Muhammad sifatkan sebagai salah satu dari taman taman syurga adalah satu perkara yang melecehkan. Ataupun ianya ekslusif untuk golongan pencen. Bagi kita, ianya satu perkara yang buang masa dan melecehkan. Realitinya pada hari ini, lebih ramai yang rela memenuhi stadium, dan konsert konsert yang berbayar, daripada pergi ke majlis ilmu yang tidak dikenakan bayaran. Apa kelebihan majlis ilmu ni? Kenapa nak kene pergi? Bende yang sama diulang.

Majlis Biasa Biasa, tapi hakikatnya luar biasa
Mungkin pada hari ini kita melihat majlis ilmu tidak ada tarikan yang kuat. Kita nampak majlis ilmu biasa biasa sahaja.Hakikatnya sahabat sahabat, ianya amat luar biasa di sisi Allah. Sahabat sahabat nabi pabila mendengar majlis ilmu dari Rasulullah satu ketika dahulu, mereka duduk rapat rapat sehinggakan dikhabarkan jikalau sehelai daun yang jatuh, ianya tidak sampai ke tanah, malah sampai ke peha sahabat sahabat. Begitulah perumpamaan majlis ilmu yang kita lekeh lekehkan pada hari ini. Memang majlis ilmu tidak diberi duit, tidak jua dijemput artis artis terkenal, tetapi ianya mempunyai nilai yang tinggi iaitulah kita sentiasa diperingatkan dan mendapat ilmu. When you stop learning, you stop leading. Kita tak akan mampu memimpin kalau kita tidak sentiasa belajar. Bukankah kita sebenarnya pemimpin, dan kita akan dipersoalkan tentang apa yang kita pimpin sekurang kurangnya pada diri sendiri?...Mana mungkin kita dapat memimpin hati kita, jiwa kita, keluarga kita, jikalau kita berhenti untuk belajar? Dan pemimpin yang bagus, yang berjaya sentiasa belajar dan mencari ilmu. Leaders, are learners. Hari ini, kita rasa tak perlu untk kita menyibukkan diri kita dengan majlis ilmu. Mengapa kita berpenyakit? Mengapa kita mempunyai hasad dengki yang tinggi?Sebab jiwa yang mati. Dan jiwa yang mati, boleh diubati dengan ilmu, Ilmu boleh didapati dengan? Ya..Majlis ilmu. Maka tidak hairanlah Imam Al Ghazali mengatakan orang yang tidak mahu mendengar majlis ilmu, bisikkan pada telinganya takbir sebanyak 4 kali? Takbir 4 kali hanya dilakukan pabila sembahyang jenazah. Lalu mengapa perlu ditakbirkan seolah olah mati? Itulah metafora yang cuba ditonjolkan oleh Imam Ghazali yang menandakan Matinya hati seseorang itu.
Asyik asyik bende yang sama.
Satu persoalan timbul. Kalau pergi pun, ustaz tu cakap pasal solat, taat ibu bapa,..Alaaa..bende same jea. Mari kita insafi dan fahami. Repeatition in a mother of knowledge. Orang yang pandai memasak, sudah tentu telah memasak berulang kali. Yang mendapat gelaran Raja Jalan. Sudah tentu banyak aksi aksi wheelie, wikang, diulang. Orang yang bergelar Juara PES ( Professional evolution Soccer) sudah tentu dihadamkan game itu selumat lumatnya. Begitulah jua dengan kita dalam menuntut ilmu. Apa salahnya jikalau berlaku pengulanagn maklumat berlegar dalam otak kita?
Kerana Mungkin kita sudah mendengar, tetapi tidak beramal. Moga moga dengan kita mengulangi mendengar maklumat yang sama, Allah bagi kekuatan untuk mengamalknannya.
Mungkin Kita sudah beramal, tetapi tidak ada istiqamah dengan amalan itu, moga moga Allah bagikekuatan untuk kita beristiqamah dengan ilmu yang kita perolehi
Mungkin saja kita sudah mendengar, beramal,  dan beristiqamah, namun tak pula menyampaikannya, maka, mga moga moga allah bagi kekuatan untuk kita menyampaikannya.
Mudah bukan?
Sebab itulah antara syarat untuk kita menuntut ilmu, mendapat ilmu, kita hayati dan insafi penagajaran daripada bagaimana turunnya air dari tempat yang tinggi.
Belajar dari Alam
Air yang turun dari tempat yang tinggi, apa sifatnya? Pertama, sentiasa mengalir, tak putus putus. Begitulah jua proses pembelajaran dalam hidup kita. Continous learning amat penting bagi memastikan ilmu itu berguna bagi kita. Yang kedua, ianya tidak akan bertakung di tempat yang tinggi. Ia akan berkumpul di lembah, lopak, denai yang sentiasa subur. Ini menandakan kita bersikap humble, tawadhuk dan sentiasa merendah diri. Barulah kita akan tergerak hati pergi ke majlis ilmu. Jikalau kita ada sifat sombong, bongkak, angkuh, maka kita tak akan pergi ke majlis ilmu. Orang yang merasakan dia tak cukup ilmu, perlu dinasihati, dan ingin belajar, akan pergi ke majlis ilmu, hatta beliau seorang doktor falsafah..
Jadi, pada hari ini, sama sama kita muhasabah diri kita, perlu atau tidak kita perlu ke majlis ilmu?sudah tentu. Saya secara jujurnya, insyallah, sebagai seorang penceramah, sentiasa berpegang pada kata kata tuan guru saya yang pernah berkata “Jadilah seperti ulamak ulamak dan tuan tuan guru dahulu, orang yang mendengar kuliah beliau dahla 3 orang, 1 orang kencing tak lawas, asyik pergi tandas, 1 orang bersandar di dinding, tanda tak mahu mendengar, seorang lagi, duduk khusyuk tidur, maknanya beliau mengajar haya pada setengah orang!!” namun, masih lagi menyampaikan ilmu dan menyampaikan dakwah” Selagi mana allah beri kekuatan, saya akan terus menyampaikan ilmu yang tak seberapa ini, di saming membetulkan diri sendiri.Insyallah.Doakan saya terus berada di jalanNya, dan matlamat kita mati di JalanNya.
Untuk akhirnya, saya bawakan kisah di mana saya mendengar kuliah MUKMIN PROFESSIONAL dan saya agak terkejut pabila Al Fadhil Ustaz Mohd Pahrol Juoi mengatakan kita mesti mencontohi Syaitan. Mengapa? Sentiasa mempunyai semangat, berinovasi tinggi bagi menyesatkan manusia.Saya tidak mengatakan syaitan ini baik, tapi kita tengok, syaitan adalah musuh yang tak pernah tidur, Bekerja siang malam. Otak sentiasa ligat berfikir. Kita?Sentiasa berfikir, muhasabah diri, zikir, fikir, bagi menjadi hamba Allah yang diredhaiNya..
Wassalam..
Bangi. 8:59 pm
















No comments:

Post a Comment