Friday 12 August 2011

Kelahiran Blogku..:)


Assalamulaikum..
Akhirnya aku siap membuat blog.  Sebelum ni, memang pernah menulis di blog. Pernah ada blog untuk adik adik usrah. Remaja kreatif..Tapi dek kerana masa yang membataskan. Sehinggakan aku terlupa email dan password aku sendiri.Teruk tol..:)..Setelah keluar imam muda. cuba untuk menulis kembali.tetapi masa tetap tak mengizinkan.dan hari ini.malam ini.dapat panggilan dari adik usrah yang nak search kembali blog lama.Mana la aku tahu. Tah mana peginye tah...hehehe..Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk create kan blog yang baru.itu pun di atas pertolongan sahabat sahabat facebook yang mengajar aku..berjinak jinaklah kembali dalam bidang penulisan dan pembloggeraan..hahahaha


Ape Tajuk Entri?
Aku pun tak tahu. Ape tajuk untuk entri yang pertama. Sebelum aku menulis dengan lebih panjang, aku nak minta maaf pada yang membaca kalau aku ade typing error. Itu memang kelemahan aku. Kalau tengok kat post post kat status aku, banyak yang terkeliru gara gara kelmahanku. Minta Maaf yea..:)..Aku ambil keputusan untuk entri kali ini, aku nak ceritakan pasal diri aku. Selepas itu entry entry yang bakal menyusul, insyallah aku akan kupas isu isu, atau persoalan atau kemusyikalan atau aku akan menulis apa sahaja yang aku fikir boleh memberi pada pembaca dan follower (itupun kalau ada follower)..hehehe..sebab pepatah arab ada mangtakan "Orang yang tidak ada apa apa maka dia takkan mampu memberi sesuatu"..dek sebab itulah aku rasakan aku ada sesuatu yang aku boleh kongsi pada smeua orang. Maka aku akan menulis. dan menulis. Aku mulakan kisah hidup aku dengan kelahiranku.aku dilahirkan di Kampung Maasop Senaling Kuala Pilah. Rumah yang aku duduk sekarang. Kenapa bukan di Hospital? Ada cerita yang payah aku nak percaya, Tapi itulah yang diceritakan oleh ummi dan abah aku. Aku dilahirkan dalam keadaan ummi sakit nak bersalinkan aku. dan On the way nak ke kereta yakni nak kua umah. Aku tergolek di tangga rumah aku(sekarang dah takde tannga tu.dah renovate)..aku tertanya..senang betul aku lahir. Mungkin tak sabar sabar nak jenguk dunia..:)..Terima kasih kepada Ummi a.ka. Mardziah Haji Mustafa a.k.a wanita besi yang aku sanjungi dari dulu, kini, dan selamanya.pada pembaca.Ingatlah. Ibu, Ummi, Mama, Mak, apa saja gelarannya, mereka telah mengandungkan kita dalam ayat al quran sebut.'Sakit atas sakit'..(Luqman)..tek ternilai jasa ibu kita..
Setelah itu aku meneruskan kehidupan dengan dijaga oleh wan (nenek), dan berada di Felda Bukit Rokan. Ayahku dari tanah rancangan. Banyakl pengalaman yang aku dapat. Walaupun duduk di Felda Bukit Rokan tak lama. Setelah itu, aku pernah dijaga oleh 3 orang pengasuh aku. Mak ndak, Wan, dan satu lagi emak Shikin. Ummi bekerja dan abah menyambung pelajaran.

Masuk sekolah
Aku memulakan alam memakai baju seragam di Tadika Kemas Sekolah Kebangssan Sungai dua. Seawal 5 tahun aku dah belajar. Ade couple dah masa tu.hehehehe.kelakar betul. PAda masa itu,Aku tinggal di Kuarters Guru SKSD.adik beradik aku seramai 9 orang.aku adelah anak ke 5. Aku masuk tahun satu di SKSD.sehingga tahun 5. Setelah pemergian arwah atokku.(Haji Mustafa), keluarga aku berpindah ke Senaling. Rumah aku sekarang.Banyak yang aku dapat di SKSD.Banyak penglaman dan kenangan pahit dan manis yang ku kecapi di Sungai Dua. Sehingga sekarang kalau ada masa aku akan jalan jalan di Sungai Dua. Menjenguk sungai yang pernah ku mandi bersama rakan rakan. Kini mengalir lesu.Aku meneruskan persekolahanku di SK Kepis.(pelik tak namanya?).setahun di sana.bergiat aktif dengan hoki,(sukan yang dah lama aku cuci tangan), bercerita, hafazan, pidato dan sebagainya.Aku bersyukur dilahirkan di dalam satu keluarga yang cukup mementingkan agama. Umi dan abah menjadikan agama sabagai asas dalam pembentukan cara berfikir dan cara bertindak anak anaknya.Bakat bercakap aku mula diasah sedari sekolah rendah. Ingat lagi, ayahku yang garang mengertak aku. Inilah hasilnya.hehehehe..Aku mendapat 4a 1b semasa UPSR..b nye ape? BAHASA INGGERIS..hehehehe

Sekolah menengah

Aku memulakan zaman mengah aku dengan mengikut jejak langkah abang abangku Abdussayahid, Abdul Syakir di Institut Tahfiz Al Quran negeri sembilan.Serius aku katakan. Aku mula masuk ke ITQAN dengan keadaan takde ape ape. Maksud aku, bukan orang yang bercita cita tinggi.Al maklumlah. budak budak lagi. Dan ITQAN la tempat yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Buat pengetahuan semua IQTAN adalah satu institusi pendidikan di bawah seliaan kerajaan negeri Sembilan yang menawarkan pengajian dari tingkatan 1 sehingga habis diploma.
T1-T5 = 5 tahun
Sem 1-Sem 6 = 3 tahun
maka 8 tahun aku berada di dalam ITQAN.Di situla aku belajar erti persahabatan, agama yang ku cintai, dan sebagainya. Terlampau banyak kenangan aku di sana. Banyak perangai perangai nakalku yang hanya warga ITQAN sahaja tahu.Keputusan PMR?SPM?Jangan ditanya.fullstop.:)
setelah habis pengajian diploma, aku duduk di rumah menjadi mem besar..dan, pabila sahabt aku, Muhammad Firdaus menelefonku, dan di situlah bermulanya..sebuah perjalanan dalam kehidupanku..

Masuk Imam Muda??

"Fattah, jom try market masuk imam muda"
"ha????pale hotak kau..x maun aku der...buek sogan den yo...x koso den"
"Alla..jom ar...bukan per,,dari dok umah x buat pape, jom ar kite try..."

Inila perbualan pertama aku dengan sahabat yang mengajaka aku pergi ke audition imam muda. Aku berada dalam keadaan neutral.,Aku katakan pada diriku, Apelah salahnya aku nak pergi.Saje-saje jea..pada permulaan aku membatalkan hasrat dengan mengatakan pada kawanku yang aku ada kerja lain yang perlu dibuat. Namun, entah bagaimana ALLAH yang maha membolak balikkan hati manusia menggerakkan hatiku melangkah audition imam muda. Dipendekkan cerita aku diterima masuk ke imam muda (akan ada entry khas yang aku akan cerita untuk Imam muda).Dan di situlah segalanya berubah. Segalanya diatur oleh Allah.Aku bersyukur ALLAH memberikan aku peluang untuk aku terjun ke dalam medan dakwah. Aku sedar aku bukanlah manusia yang semourna. Tetapi aku mampu memberikan sesuatu kepada rakan rakan di luar sana. Ada juga suara suara yang mengatakan Imam Muda hanya untuk mencari populariti. Nak masuk TV. Nak nama dan perhatian. Nagi aku tak bagus cakap macam tu..kalau orang yang berjoget dan menyanyi sampai pagi diberikan populariti bagai nak rak. Kenapa tidak boleh diberikan populariti kepada kami yang insyallah akan membuat kerja dakwah? Jangan ditanya dan dihentam orang, tetapi tanyalah pada diri sendiri apa sumbangan aku untuk Islam?adekah pada hari ini kita telah menunaikan tanggungjawab kita sebgai khalifah di muka bumi?Saya tak nafikan. 3 bulan bukanlah masa yang cukup untuk kami menjadi seorang yang faqih dalam agama..tetapi alhamdulillah, aku banyak belajar di Imam Muda.

Sekarang...
Aku meneruskan rantai kehidupanku dengan menjalankan tugas ku dengn memberi ceramah, motivasi, menjadi imam, tazkirah. Aku bersyukur ini jalan Allah mecampakkan aku ke dalam jalan ini.walaupun di sepanjang jalan penuh dengan ranjau dan duri, tetapi ianya amat manis untuk aku harungi. Tidak ada jalan lain yang di tinggalkan oleh nabi kita melainkan jalan dakwah yang sedang aku tempuh.Moga ditetapkan hati dan imanku di jalan allah...

Rasanya sampai di sini saja entry aku. kalau ade pape persoalan dan pertanyaan, bolehlah ditanya dlam komen.Insyallah.aku akan jawab semampu boleh.Maaf andai entry agak boring. Insyallah akan diperbaiki dari semasa ke semasa..Assalamualaikum...








6 comments:

  1. assalamualaikum imam muda fatah :)

    mama saya sangat minat kamu :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. klakar la IM ni...lg2 part lahir 2...huhuhu

    ReplyDelete
  4. syabas & tahniah drpd saya, Imam Muda Fattah. Kelemahan pasti dapat di atasi jika kita menginginkannya. Tentang typing error itu biasalah. saya dulu pun begitu juga. Harap IM Fattah akan terus menulis & berkongsi ilmu untuk manfaat semua.

    ReplyDelete
  5. tahniah..trmksh sbb xlpe insan yg bernme muhammad firdaus...tertnggal noor la fat..^_^..nnt btolkn yer..:)smg jalan dkwh yg dilakukan dilempahkn rahmat oleh Allah s.w.t...yg terakhir,jge quran...

    ReplyDelete
  6. fatah...ko ingat tak aku dayah..classmate ko mse drjh 6..dlu slalu gadoh ngn ko.hik3

    ReplyDelete